Tuesday, 4 June 2013

Ryeowookku Oppa! :* (Bab 1)

Bab 1

"Ahh,penatnya,"ujar Ryeowook sambil meregangkan badannya.Sudah 5 jam Ryeowook mengulangkaji.Tarikh peperiksaan masih lagi jauh tapi dia sentiasa membuat persediaan yang lebih awal.Tetapi berlainan pula dengan rakan sekelasnya,Taeyeon .Dia hanya akan mengulangkaji pada last minute.Lagipun dia sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Oleh itu,dia lebih gemar menghabiskan masanya dengan berseronok dengan rakan-rakannya dan dia juga bekerja sambilan sebagai cashier direstoran milik teman ayahnya.

     "Taeyeon!!Bangun!!Kamu nanti lewat ke sekolah!!"jerit ibu Taeyeon Jeritan ibu Taeyeon membuatkan dirinya terjaga dari tidur.Bagi Taeyeon  jeritan itu boleh meruntuhkan 2-3 biji rumah yang ada disekitar rumah mereka."Yalah,saya bangunlah ni,"dengan mata yang masih tertutup Taeyeon berjalan kearah bilik air dan mandi.Sesudah mandi Taeyeon memakai baju seragam sekolahnya,sempat lagi dia berdandan."Haa,dah comel,"Taeyeon berkata-kata seorang diri sambil membetulkan sedikit rambutnya dihadapan cermin.Dia mengambil beg sekolahnya dan turun kebawah,Dia mengambil bekal makanannya dan memasukkannya didalam beg sekolah.Kemudian , dia menuju ke rak kasut dan mencapai kasutnya.Sambil memakai kasut dia melihat jam ditangannya."Alamak,dah lewat ni!"Taeyeon menyarungkan kasutnya dengan lebih pantas."Saya pergi dulu!"jerit Taeyeon sambil berlari menuju kesekolahnya."Hati-hati!"balas ibunya.

     "Berhenti!Masuk kali ini dah 9 kali awak lewat,"ujar Ryeowook.Ryeowook merupakan seorang pengawas sekolah disekolahnya.Selain itu,dia juga pelajar yang pintar.Ryeowook juga mempunyai paras rupa yang kacak.Malang sekali kekacakkannya tidak dapat dilihat kerana penampilannya yang sentiasa memakai cermin mata besar dan gaya rambutnya yang nerd itu."Tolong lepaskan saya,kali ini saja.Lagipun sekarang waktu Puan Jing Min. Tolonglah..Ini yang terakhir."rayu Taeyeon.Ryeowook mula berasa kasihan melihat Taeyeon membuat muka seperti puppy face itu.Namun perasaan simpati segera ditepis. Tanggungjawabnya sebagai pengawas harus dia laksanakan dengan baik."Hmm,saya tak boleh nak lepaskan awak macam tu je.Awak mesti buat 2 pusingan lari itik."arah Ryeowook. "Tapi,tapi.."Taeyeon cuba untuk meraih simpati Ryeowook."Tak ade tapi-tapi lagi.Awak lari itik atau nama awak saya bagi dekat pengetua"ugut Ryeowook.Taeyeon gelisah.Secara tiba-tiba Taeyeon menolak tubuh Ryeowook ketepi.Kemudian dia berlari menuju kekelasnya.Sambil berlari dia berkata kepada Ryeowook "Mianeh,saya terpaksa."Ryeowook bangun sambil menepuk-nepuk punggungnya."Awak.."gerutu Ryeowook.

~~~~~~~~~~

    Pada waktu rehat,Taeyeon dan rakan-rakannya ke kantin."Hmm,awak bawa bekal apa hari ini Taeyeon?"soal Sulli.Taeyeon membuka bekal makanannya."Wah,kimbap!!"ujar Sunny. "Saya nak satu boleh?"soal Eun Jung pula."Makanlah,kita kongsi,"Taeyeon melemparkan senyuman kepada rakan-rakannya. "Ahh,Leeteuk oppa!"ujar Sunny separuh menjerit.Taeyeon yang baru hendak menyuapkan makanan kedalam mulutnya meletakkan kembali makanannya.Dia kemudiannya membetulkan sedikit rambutnya. Leeteuk merupakan seorang pelajar hot disekolah itu.Dia bukan sahaja tampan tapi pintar dan aktif dalam sukan bola keranjang.Dia amat digilai pelajar-pelajar perempuan sekolah itu. Bukan itu sahaja rakan-rakan Leeteuk juga sepertinya. Mereka semuanya pelajar aktif sekolah itu.Salah seorang rakan Leeteuk ialah Siwon. Siwon juga tampan seperti Leeteuk tetapi dia tidak begitu aktif dalam sukan. Siwon merupakan ketua pelajar disekolah itu. Lagi seorang rakan mereka ialah  Sungmin. Sungmin juga hot disekolah itu,muka dia yang comel itu telah menarik perhatian pelajar-pelajar disekolah itu. Bukan sahaja pelajar malahan cikgu-cikgu disekolah itu juga tertarik dengannya. Oleh itu, dia sering dipanggil 'FLOWER BOY'.

   Semasa Leeteuk berjalan dihadapan Taeyeon dia memberikan satu senyuman yang paling manis kepada Taeyeon.Taeyeon agak terkejut namun dia tetap membalas senyuman itu.
Leeteuk mengambil tempat duduk di belakang Taeyeon. Taeyeon berasa tidak selesa. Amber yang tiba-tiba datang menegur."Awak kenapa Taeyeon?Macam cacing kepanasan je saya tengok,"."Mane tak jadi cacingnye,lelaki pujaan dia dia duduk belakang dia siap bagi smile pula tu."ujar Sunny sambil menegur.Amber menoleh kebelakang.Dia melambaikan tangannya kearah Leeteuk.Leeteuk membalas lambaian itu.Leeteuk dan Amber agak rapat kerana abang Amber iaitu Donghae bestfriend kepada Leeteuk."Hmm,patutlah pun.Awak memang dah angau gila dekat dia eak?"soal Amber.Taeyeon hanya tersenyum."Entahlah."
jawab Taeyeon sambil menyuapkan makanannya.

      Setelah 10 minit berlalu,loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah habis. Leeteuk meletakkan sekeping kertas dihadapan Taeyeon dan berlalu pergi. Rakan-rakan Taeyeon mula memberikan senyuman nakal kepada Taeyeon. Taeyeon membuka kertas tersebut , hatinya seperti hendak meletup waktu itu. Amber merampas kertas tersebut. "Wahhh,awak dapat nombor telefon dia lah."ujar Amber."Awak pasti ke itu nombor telefon dia?"soal Sunny pula. "Saya yakin lah, kan abang saya bestfriend dia.."jawab Amber."Saya macam tak percaya je..Akhirnya apa yang saya tunggu saya dapat juga.."ujar Taeyeon. "Alah , jelesnya saya . hmm,agak-agak boleh ke saya dapat nombor telefon kawan-kawan dia?"ujar Eun Jung. "Jangan harap lah."ujar Amber sambil berlalu pergi."Apa??Kenapa tak boleh pulak??"soal Eun Jung lalu mengikuti Amber.Mereka pulang ke kelas mereka sambil mengusik Taeyeon. Tanpa mereka sedari ada seseorang yang memerhatikan meraka. 

No comments:

Post a Comment