Coming soon~
Hyepp! Ingat lagi tak entry pasal nak buat komik tu? Ape!? Tak ingat!?!? Kalau tak ingat dijemputlah membaca entry nie ea >> JANGAN LUPA .
So,seperti yang dijanjikan. Aku sebenarnya dah siapkan satu novel. Tapi itu bukan online punya lha. So,aku dah buat dye jdi doodle a.k.a anime x jadi hikhok. Aku harap korang enjoy! Btw,sinopsis dye macam ni . .
~~~~~~~~~~~~
Park Shin Hye merupakan pelajar Dukwon Arts High School. Dia bukanlah pelajar popular disekolahnya. Tetapi dia cukup dikenali oleh para guru kerana dia sering datang lewat kesekolah semenjak dari dia gred1 lagi. Dalam diam-diam rakan sekelas Shin Hye , Kim Ryeowook menyukai Shin Hye. Tetapi dia tidak pernah berani untuk meluahkan perasaannya. Oleh itu,Shin Hye tidak pernah perasan kehadiran Ryeowook. Sewaktu Shin Hye sedang menikmati bekalan yang dia bawa bersama-sama rakan-rakannya, pelajar popular Dukwon Arts High School , Leeteuk datang meluahkan perasaan kepada Park Shin Hye. Tetapi Leeteuk dan Ryeowook mempunyai ikatan persaudaraan. Dan Leeteuk amat mendendami Ryeowook. Mampukah Ryeowook bersaing dengan saudaranya sendiri? Sempatkah dia mengucapakan kata-kata cintanya kepada Shin Hye? Adakah Leeteuk benar-benar mencintai Shin Hye atau sekadar untuk membalas dendam kepada Ryeowook? Untuk mengetahui lebih lanjut, tunggu komik online pertama dari saya AIDA NAJIHAH ATOTO yang bertajuk
She's My Shinny!
Truthly by ,
TheOwnerOfBlog~
No comments:
Post a Comment